Make your own free website on Tripod.com

::  Menu Utama   ::
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua

PENUBUHAN DAN PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PPIM DI SEKOLAH

1. Guru Pemimpin mendapatkan senarai pelajar yang berminat untuk menjadi ahli PPIM.

2. a) Menguruskan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan mengisi borang pendaftaran         penubuhan PPIM dalam 5 salinan:
             Salinan 1 dihantar terus ke Ibu Pejabat PPIM
             (u.p. Setiausaha Kehormat PPIM)
             Salinan 2 kepada Setiausaha Perhubungan Negeri
             Salinan 3 kepada Setiausaha Daerah
             Salinan 4 kepada Jabatan Pendidikan Negeri
             Salinan 5 untuk fail sekolah
   b) Borang Pendaftaran boleh diperolehi daripada PPIM Kebangsaan beralamat:
             Setiausaha Kehormat,
             Pergerakan Puteri Islam Malaysia,
             Bangunan Tunku Puan Besar Kursiah,
             Jalan Pantai Baru,
             Kuala Lumpur.
3. a) Ibu pejabat PPIM akan menghantar surat Pengesahan Pendaftaran, Kad Perakuan         Pendaftaran (Berserta nombor pendaftaran) bersama-sama sukatan pelajaran.
    b) Kad Perakuan Pendaftaran dikeluarkan hanya sekali sahaja. Ia merupakan 'PERMIT'         dan perlu disimpan di sekolah dengan selamat. Adalah lebih baik jika dipamerkan di Bilik         Kokurikulum.
4.      Pendaftaran Ahli:
     a) Borang Kebenaran Ibu bapa:
         Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibu bapa perlu diperolehi.
     b) Borang Ahli (Lampiran F)
         Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian
         disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor          Pendaftaran. Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah.
     c) Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform (Lampiran G)
         Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan menggunakan          Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform) - Lampiran G. Borang hendaklah          disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPIM.

5.   a) Yuran Ahli

          i.    Murid:
              
  Yuran dikenakan RM2.00 setahun
                 Agihan adalah seperti berikut:-
                 Sekolah                         -            70 sen
                 Daerah                          -            10 sen
                 Negeri                           -            10 sen
                 Pusat/kebangsaan         -            10 sen

          ii.    Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform:
                 Yuran dikenakan RM2.00 setahun
                 Agihan adalah seperti berikut:-
                 Ibu Pejabat PPIM                RM0.50
                 Perhubungan Negeri/BPG    RM1.50
                 Yuran hendaklah dijelaskan melalui 'money order/postal order/cek' di atas nama                  Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan dijelaskan sebelum bulan Mac setiap tahun.

        b) Yuran Tahunan (Lampiran I)
            setiap ahli (murid) perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM1.00 dengan             menggunakan Borang Yuran Tahunan (Lampiran I)
            Agihan yuran sama seperti (i)
            Yuran ahli Tidak Beruniform, Pensyarah dan Guru
            Pemimpin adalah sebanyak RM2.00 dan agihan sama seperti (ii)
     Perhatian: Pastikan perkara-perkara berikut dihantar kepada:

        a) Ibu Pejabat PPIM (Kebangsaan)
  
          i     Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E
            ii    Senarai nama ahli - Lampiran H
            iii   Yuran - 10 sen bagi setiap ahli

        b) Perhubungan Negeri
            i     Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E
            ii    Borang ahli - Lampiran F
            iii   Senarai nama ahli - Lampiran H
            iv   Yuran - 10 sen setiap ahli

        c) Perhubungan Daerah
            i    Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E
            ii   Senarai nama ahli - Lampiran H
            iii  Yuran ahli - 10 sen setiap ahli

        d) Jabatan Pendidikan Negeri
            ( u.p. Unit Kokurikulum)
            i    Borang Penubuhan PPIM - Lampiran E
            ii   Surat Pengesahan Pendaftaran dari Ibu Pejabat PPIM

6.     Pembahagian ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan
        a)     Jumlah ahli bsetiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada beberapa                 kumpulan.
        b)     Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.
        c)     Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.
        d)     Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut format                 berikut:-
                Contohnya:
                Pada tahun 1988 Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan ahlinya                 seramai 85 orang.

7.     Menyediakan Keperluan Asas
        Pensyarah Pemimpin/Ketua Guru Pemimpin/Guru Pemimpin/Guru Pemimpin perlunmembeli:
        a)    Buku Perlembagaan
        b)    Bendera PPIM
        c)    Kaset lagu PPIM
        d)    Lencana Pemimpin dan Puteri
        e)    Kad Ahli
        f)     Uniform - Kain merah jambu
        g)    Buku Panduan Pemimpin
        h)    Buku Pengurusan danPentadbiran PPIM
        i)    Sukatan Pelajaran

8.     Menyediakan Keperluan Asas
        a)    Buku/Rekod Pendaftaran Ahli - Lampiran K
               (Nama dan butir-butir peribadi)
        b)    Buku/Rekod Kehadiran Pasukan - Lampiran L
        c)    Buku/Rekod Yuran Ahli - Lampiran M
        d)    Buku/Akaun (Penyata Kewangan)
               Lain-lain Keperluan:
               fail-fail
               Buku Stok
               Cop-cop

9.    Cara Pembahagian Ahli
       Pasukan 1 ada 45 orang - Kumpulan 1 - 15 orang
                                             Kumpulan 2 - 15 orang
                                             Kumpulan 3 - 15 orang

       Pasukan 2 ada 40 orang - Kumpulan 4 - 15 orang
                                             Kumpulan 5 - 15 orang
                                             Kumpulan 6 - 15 orang

page 1 of 2

| HOME | Profail | Pentadbiran | Kalendar | Ruang Pelajar | Fadhilat | Makluman | Komen | Perhubungan | Peta Laman |
Best viewed with IE 6.x at 800x600 pixel resolution with at least 16 bit colour depth
Copyright Sek Keb Dua Kuala Kubu Bharu- All rights reserved